Salam..
Ada macam-macam cara nak tambah duit senyap-senyap.. maksudnya tak perlu bersusah payah pergi berniaga. saya senaraikan di sini:-
1. Labur dalam saham unit amanah.
Unit Amanah adalah salah satu kaedah pelaburan yang boleh mengembangkan simpanan anda. Ia berisiko rendah (Bon), Sederhana dan Tinggi (Ekuiti). Jumlah minimum pelaburan bergantung kepada syarikat pelaburan, contohnya Amanah Saham Bumiputra serendah RM1, Public Mutual serendah RM1000 (kadang-kadang RM100 jika ada promosi). Dengan pelaburan dalam unit amanah, anda mampu memperoleh keuntungan dari 8% ke 12% setahun bergantung kepada ekonomi.
2. Pelaburan hartanah
Ada beberapa syarikat tertentu yang membuka pelaburan hartanah kepada orang awam. Contohnya pelaburan bangunan KLCC, Sunway, IOI dan sebagainya. boleh lawati laman...